Saturday, March 25, 2017

Braces : Kikis Gigi

Sebab gigi bwh ni ad 1 yang degil (tak nak tegak), jd doktor kasi kikis gigi bawah.

Bila dh balik rumah n belek2 gigi, terfikir.. jgnla gigi ats ni pon dikikis jugak. Sebab ad 1 ni mcm lambat pulak dia gerak.

Appoinment ke 4 ni rasa mcm tak excited.
Owh gigi..

Friday, March 17, 2017

Sesudah 3 bulan



(Maaflah kalau gambar gigi ni membuatkan rase2 mual 😂)

Alhamdulillah, dalam tempoh 3 bulan pakai braces ni, ada jugak nampak perubahan gigi. Paling ketara gigi bawah. Walaupon sikit, tp hati tetap berbunga-bunga.

Appointment kali ke 3 tukar warna getah. Dari rumah dah pikir nak warna turquoise. Tapi klinik gigi takde warne turquoise. Terpakse & pasrah teramek warna skyblue. 

Tapi akhirnya rase terpaksa pasrah tu bertukar jadi suka, sbb lama2 skyblue bertukar jadi turquoise. 😁

Ok, appoinment kali ke 4 nnt nak try warne getah..gigi atas kelabu & gigi bwh merah (kot...)


Sunday, January 1, 2017

Buccal Tube Tercabut

Hmm tak sampai seminggu pakai braces, buccal tube boleh tercabut masa tgh melantak bubur? 😥😥
mujur tak tertelan.

rase dah sehabis baik jage bab makan2 ni.
ke sbb gosok gigi kuat sgt?

ok esok g jumpa doktor 😄

Thursday, December 29, 2016

Perasaan & Braces


Hari Kedua gigi berbesi 
  • Rasa ngilu 
  • Rasa nak belek gigi selalu
  • Bila bersin kuat, rasa risau takot bracket tercabut
  • Tido malam tak nyenyak sangat sebab takot tidur jadi mengiring
  • Rasa malas nak makan
  • Sebab umur dah 30-an, ada rasa macam gigi nak luruh
  • Alhamdulillah, rasa sakit tu hanya mild aje. Lebih kepada rasa ngilu gigi sahaja.

Wednesday, December 28, 2016

Misi Mencari Gigi Lurus : Braces

28 Disember 2016, Rabu, 3 petang


  • Umur 30-an baru terdetik nak pasang besi.
  • Ada sikit risau bila fikir gigi ni bergerak lambat @ cepat.
  • Kes gigi saya, tiada pakai separator @ ring & tak perlu cabut gigi.
  • Selama 1 jam dalam bilik doktor. Waktu yang rasa sangat singkat.
  • Proses pemasangan, tiada kesakitan kecuali rasa gigi ngilu.
  • Sebelum jumpa doktor, sempat membahan Carbonara Secret Receipe. Kenyang sampai esoknya.
  • Selepas siap pasang, masih boleh bershopping & memandu kereta.
  • Alhamdulillah.



Mould Gigi Saya


Misi gigi lurus belum tercapai